Cari Kat Sini

Sabtu, 24 April 2010

Perkembangan Minda Umat Melayu

Berdekah-dekah kami sekeluarga ketawa menonton rancangan Ninja Warrior yang diterbitkan oleh TV9 setiap hari jam 7.30 malam. Kalau di ikutkan memang masa tu agak kurang sesuai dengan primetime waktu solat. sepatutnya waktu tu semua yang mukallaf berada di masjid atau di surau, memperkasakan solat secara berjemaah.

Tapi bukan itu isu yang aku nak bincangkan / ketengahkan disini. Isunya ialah betapa kreatifnya orang jepun mencipta pelbagai rancangan berbentuk game show. Kalau tak percaya , boleh tengok dalam youtube. Taip je Gameshow jepun, macam-macam ada. Kalau dulu ada Istana Takeshi, Iron Chef dan sebagainya.



Lain pulak di Malaysia ni. Orang kita lebih suka meniru daripada cuba mereka cipta trade mark hiburan untuk manfaat penonton. Contohnya Akademi Fantasia yang dah masuk musim ke 8, rancangan MENTOR, Malaysian Idol, One In The Million, Gang Starz, Mencari Cinta dan banyak lagi.. karya ciplak dari barat.

Macam takde modal lain. naik menyampah aku dengan sogokan hiburan berbentuk nyanyian yang terlalu banyak. Bila dilihat preview bakat semasa audition, kita boleh lihat kebodohan orang melayu yang tak reti nak menyanyi tetapi 'memaksa' untuk melayakkan diri mereka menyertai pertandingan yang GAH tu..!! Sampaikan ada yang bertegang urat dengan juri yang hanya ingin memilih peserta-peserta yang benar-benar layak.

Mengapa sampai jadi begini..?? Mengapa bodohnya melayu-melayu ini...?? aku pun terasa tempiasnya sebab aku pun orang MELAYU..!!! tiada niat untuk mengutuk bangsa sendiri. tetapi aku cukup sedih dengan gelagat-gelagat orang kita ni, khususnya yang dah sahih beragama ISLAM, yang terlampau mengagungkan budaya barat.

Walaubagaimana aku lihat dah ada sedikit perubahan dalam rancangan realiti TV ni. Dah mula ada Soccer Kid,  Jaguh ( mencari bintang muda sukan badminton ), yang terbaru nak keluar dari rancangan Astro Oasis - Imam Muda, dari TV1 rancangan Adik-Adikku dengan kerjasama yang erat bersama JAKIM    ( mencari bakat pendakwah muda ), Akademi Al-Quran TV9 dengan program realiti yang kurang meletup seperti Akedemi Fantasia ( aku tetap berbangga dan bersyukur kerana masih ada usaha dari pihak yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan kesucian & ketinggian al-Quran ) . Lega lah sikit rasanya. Sekurang-kurangnya seimbang. Tapi kalau boleh dikurangkan yang tidak mendatangkan manfaat, elok kurangkan aja la. Hiburan tu biarlah dipelbagaikan. Bukan hanya tertumpu kepada hiduran yang berbentuk nyanyian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan