Cari Kat Sini

Selasa, 5 Oktober 2010

BANGGA DENGAN KAUM? ( Mari berfikir sejenak)

Sabda Nabi s.a.w: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Melayu perlu mempelajari kejayaan Melaka
Melayu perlu mempelajari bagaimana kaum lain boleh maju
Kalau melayu terus beretorik dengan sesuatu yang tidak kukuh
Maka hasilnya melayu akan semakin layu
Layu sebagaimana layunya melayu dalam mempertahankan kedaulatan P. Batu Putih
Layu sebagaimana layunya melayu mempertahankan bahasa melayu
Layu sebagaimana layunya mempertahankan agama Islam yang dianuti nenek moyang
Kunci kejayaan Melayu adalah agama Islam
Melaka berjaya menguasai perdagangan dunia apabila melaka menjadi pusat dakwah Islam
Fokus pemerintah adalah bagaimana untuk menyebarkan Islam
Melayu mula jatuh apabila Islam ditinggalkan
Dan sejak melayu tidak menjadikan Islam sebagai prioriti
Sejak itulah melayu terus jatuh hingga ke saat ini


Kaum arab berjaya menguasai hampir 3/4 dunia kerana mereka meletakkan Islam sebagai priority. Kini apabila arab mula berbicara mengenai isu naionalisme dan semangat perkauman dengan tidak menjadikan Islam sebagai first priority Arab menjadi mundur dan menjadi bahan permainan Zionis.

Kata al-Imam Qatadah al-Sadusi (meninggal 118H) lebih seribu tiga ratus yang lalu kepada orang arab:

“Dahulunya bangsa arab ini manusia yang paling hina, paling buruk kehidupannya, paling sesat, paling kurang pakaian dan paling lapar. Dicengkam antara dua singa; Parsi dan Rum.


Demi Allah! Tiada di tanahair arab apa yang memboleh orang lain iri hati kepada mereka. Sesiapa yang hidup di kalangan mereka, hidup dalam keburukan dan yang mati pula, binasa dan dibuang ke dalam api. Mereka dimakan, mereka tidak memakan.


Demi Allah! Kita tidak tahu adanya bangsa di bumi ini pada masa itu yang paling rendah dan lekeh daripada mereka. Sehinggalah Allah membawa Islam kepada kamu (wahai orang arab!).


Allah bekalkan kepada kamu al-Quran, Dia membuka kepada kamu bumi jihad, Dia meluaskan untuk kamu rezeki, Dia jadikan kamu memerintah manusia.


Dengan Islamlah Allah berikan kepada kamu apa yang sedang kamu lihat. Bersyukurlah terhadap nikmat-nikmatNya kerana tuhan kamu pemberi nikmat yang sukakan mereka yang bersyukur. Mereka yang bersyukur pula sentiasa mendapat tambahan”.
( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari –tahziban- 2/349, Damsyik: Dar al-Qalam).


‘Umar bin al-Khattab ucap ketika membuka Baitul Muqdis, setelah umat Islam berjaya membebaskan kota suci itu:

“Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”.
Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah).


Al-Nadwi pula berkata:

“Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah.


Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam.

Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”.
(Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).


Hadis, ayat Quran , dan dalil2 dari sahabat dan ulama' dipetik daripada website Dr. MAZA.

Lebih baik anda menjadi Banduan daripada Graduan!

Kalau nak jadi graduan berapa banyak duit yang kita perhabiskan? Semua berbayar dan bukannya free. Kalau ada pinjaman pun kena bayar balik bahkan ditambah ribanya lagi. Ambil masa yang bukan sedikit dan bukannya relax tetapi memeras tenaga & pemikiran kita untuk bersungguh-sungguh. Ramai yang terpaksa bergolok-bergadai. Ramai yang tersadai kerana tak cukup wang untuk menjadi graduan. Apatah lagi kalau belajar diluar negara. Duit habis, masa habis dan terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang.


Itu belum tentu terus dapat kerja. Tetapi tuntutan hutang dah sampai. PTPTN nak kena bayar. Berpuluh tahun baru selesai bayar hutang.

Bagaimana pula banduan? Terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang tetapi boleh berjumpa dan dijenguk keluarga. Relax. Rehat. Keselamatan terjamin 24jam. Kena bayar? Tak! Free aje. Kerajaan taja serba serbi. Yelah!.. duit rakyat juga.. Pakaian free. Baju seluar Free. Pengangkutan Free. Air & elektrik free. Siapa tanggung? Kitalah tanggung. Undang-undang kita mesra penjenayah berbanding membela mangsa jenayah. Siapa buat keputusan. Menteri yang kita pilihlah. Siapa lagi?


Berapa kita kena tanggung?


KUALA LUMPUR, -- Kerajaan perlu membelanjakan lebih kurang RM1,274,490 sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau berkata perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dicatatkan. "Daripada jumlah itu, warganegara asing ialah 16,303 orang iaitu 38.3 peratus dan kos perbelanjaan sehari untuk mereka ialah RM489,090," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.

"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat," katanya.

Menurut Datuk Hisyamuddin selaku Menteri Dalam negeri ."Di Malaysia daripada 31 buah penjara, sembilan dikenal pasti sebagai penjara yang sesak. Kos utiliti penghuni penjara secara purata adalah pada kadar RM35 seorang dan kos tanggungan makanan adalah kira-kira RM55.5 juta setahun,"

Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar berkata pada masa ini terdapat 40 institusi penjara di seluruh negara melibatkan 31 penjara, lima pusat pemulihan akhlak, tiga Sekolah Henry Gurney dan sebuah Tempat Tahanan Perlindungan.

Menurut menteri yang berkenaan, setakat ini kerajaan telah meluluskan 16 penjara baru yang akan dibina untuk menampung tambahan lebih 18,000 lagi banduan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Fuhhh! Kroni boleh projek lagi le …

Hah! Makin banyak penjara, makin ramai studennya itu. Makin tinggi kos. Seorang kena tanggung RM1,050 sebulan (35x30hari). Ramai lagi dikalangan kita gaji RM 400.00 sebulan. Itu belum kira kos pegawai & kakitangan, bangunan infra dll. Kalau anda sebagai rakyat dan pembayar cukai kerajaan adakah anda rasa berbaloi? Berbaloikan anda menanggung mereka ini semua?


Kes 1 : Perompak Indonesia dipenjara 12 tahun, 8 sebatan

SHAH ALAM: Seorang warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melarikan harta benda bernilai RM80,000 milik seorang ahli perniagaan wanita di sini dua bulan lepas. Hakim Azimah Omar, menghukumkan Muhammad Nordin, 30, berasal dari Pekan, Indonesia.

Kes 2 : Zulfika dihukum penjara 11 tahun

Johor: Zulfika kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor. Zulfika, 28, didakwa sebagai salah seorang ahli kumpulan perompak yang terlibat dalam kejadian tembak menembak antara pihak polis dan perompak di tempat letak kereta Hotel Grand Seasons. Penjara 11 tahun dan sebatan enam kali telah dijatuhkan oleh mahkamah yang sama setelah dia mengaku salah memiliki sepucuk pistol jenis Walter (Chrome) dan lima butir peluru hidup tanpa lesen yang sah.

Kes 3 : SHAH ALAM: Seorang buruh dari Aceh, Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja, empat tahun lalu. Hakim Mohd Yazid Mustafa memerintahkan tertuduh Ismadi Muhammad, 29, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 27 Julai 2006.

Kes 4 : Penganggur kekal dihukum penjara 15 tahun

PUTRAJAYA 16/08/2010. Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Megat Shahrizat Megat Shahrur, 32, bagi kesalahan menyebabkan kematian Nur Izzatul Shahira Rozilan di Sri Suajaya, Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur 3 Jun, 2001. Megat Shahrizat mengaku salah dan dihukum penjara 15 tahun dari tarikh tangkap pada 4 Jun, 2001.

Kes 5: Pemuda Dihukum Penjara Dua Tahun Kerana Buang Bayi

MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara dua tahun manakala kekasihnya seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana kesalahan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh. Majistret Mohd Fairuz Johari memerintahkan remaja perempuan berusia 17 tahun 11 bulan itu ditahan di sekolah itu sehingga dia berusia 20 tahun. Mohd Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan kekasihnya itu, mengaku salah bersama-sama membuang bayi tersebut pada 11 Ogos lepas.

Yang ini tentu kita sakit hati. Dia rogol anaknya kenapa kita kena tanggung?

Kes 1 : Rogol Anak Ayah Dipenjara 100 Tahun.

Mahkamah di Kuching menjatuhkan hukuman penjara selama 100 tahun kepada seorang ayah kerana merogol anak perempuannya yang cacat semenjak tahun 2006 hingga 2008. Pesalah berusia 52 tahun itu yang juga bekas pekerja Jabatan Tanah dan Ukur di dakwa di dalam akta Kanun Keseksaan 376A terhadap lima kesalahan sumbang mahram.

Kes 2: Rogol Anak : Penyanyi 70-an kekal penjara

Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya. Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada 26 Sept 2001.

Kes 3: Bapa rogol anak dipenjara 32 tahun

KLANG 15 Jan. - Gara-gara melempiaskan nafsu dengan anak sendiri empat tahun lalu, seorang peniaga sayur terpaksa menghabiskan usia tua di sebalik tirai besi apabila dia dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 53 tahun itu didapati bersalah atas dua daripada tiga pertuduhan merogol anaknya yang berusia 10 tahun ketika kejadian.

Kalau hukuman macamana ni Siapa yang gila? Tok hakim, Menteri atau kita?


Bapa rogol anak kena 14,400 tahun

MANILA 25 Sept.2010: Mahkamah di Filipina menjatuhkan hukuman penjara 14,400 tahun ke atas seorang bapa yang disabitkan kesalahan merogol anak perempuan belasan tahunnya hampir setiap hari dalam setahun. Penarik beca berkenaan disabitkan kesalahan merogol 360 kali anak perempuannya ketika isterinya keluar bekerja di Hong Kong.

Mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun dan kini berusia 22 tahun, berkata kesengsaraan dihadapinya di tangan bapanya sendiri bermula Januari 2001 apabila ibunya berlepas ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Beliau bersama dua adiknya ditinggalkan di bawah penjagaan bapanya di rumah mereka di Los Banos, sebuah pekan di selatan Manila.


PENYELESAIANNYA ?

Kenapa tidak jalankan sahaja undang-undang Islam? Itu lebih berbaloi. Si pencuri mencuri harta rakyat, kenapa perlu rakyat guna duit mereka untuk menanggungnya di penjara? Potong tangan kepada si pencuri tersebut. Kos sebilah pisau. Kalau kerajaan takde duit saya boleh sponsor. Si perogol, sebat atau rejam sahaja. Si pembunuh, bunuh balas. Habis cerita. Kenapa tidak dilaksanakan? Atau mungkin bapak menteri dok berfikir lagi nak mecuri?, nak merasuah? Nak merogol? Nak berzina?

Hakim walau cerdik macamana pun tetapi dia tak boleh menjatuhkan hukuman mengikut pandainya sendiri. Rang enakmen perlu diluluskan dalam sidang dewan terdahulu sebelum diguna-pakai dimahkamah. Meskipun ahli dewan itu yang meluluskan itu tak sekolah dan tiada kelulusan tetapi ia disokong orang ramai dan menjadi Yang Berhormat. Itu Pilihan Rakyat.

Di kala Allah Swt mewajibkan hukuman terhadap kesalahan dilakukan manusia, ia merupakan hukuman terbaik buat diri manusia itu sendiri maupun buat masyarakat sekeliling. Allah Swt yang mencipta makhluk manusia dan Dialah Yang Maha Arif tentang tuntutan serta keperluan maupun hikmah terhadap manusia itu sendiri. Sebab itu kalau diperhatikan hukum Islam kurang melibatkan bayaran denda atau penjara. Hudud melibatkan hukuman keatas batang tubuh berbanding takzir. Kerana denda adalah tidak adil kepada si miskin tetapi kacang kepada si kaya. Penjara adalah rehat kepada penjenayah tetapi membebankan kerajaan dan rakyat.

Sudah sampai masanya umat islam di Malaysia melaksanakan ibadah undang-undang hudud dan qisas ini dan kita tinggalkan undang-undang bodoh ciptaan manusia itu. Dan perlaksanaan hukuman Islam ini sendiri akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Allah berfirman, “Dan tidaklah patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan mengenai sesuatu perkara (tidaklah patut mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang jelas nyata”. Surah Al-Ahzab (33): 36

Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.” Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah yang akan menghukum mereka (dengan kata lain meluruskan mereka kembali). Dan selagi kerajaan Umno-BN ini memerintah, selagi itulah hokum thoghut ini mereka pertahankan

Sabtu, 24 April 2010

Perkembangan Minda Umat Melayu

Berdekah-dekah kami sekeluarga ketawa menonton rancangan Ninja Warrior yang diterbitkan oleh TV9 setiap hari jam 7.30 malam. Kalau di ikutkan memang masa tu agak kurang sesuai dengan primetime waktu solat. sepatutnya waktu tu semua yang mukallaf berada di masjid atau di surau, memperkasakan solat secara berjemaah.

Tapi bukan itu isu yang aku nak bincangkan / ketengahkan disini. Isunya ialah betapa kreatifnya orang jepun mencipta pelbagai rancangan berbentuk game show. Kalau tak percaya , boleh tengok dalam youtube. Taip je Gameshow jepun, macam-macam ada. Kalau dulu ada Istana Takeshi, Iron Chef dan sebagainya.



Lain pulak di Malaysia ni. Orang kita lebih suka meniru daripada cuba mereka cipta trade mark hiburan untuk manfaat penonton. Contohnya Akademi Fantasia yang dah masuk musim ke 8, rancangan MENTOR, Malaysian Idol, One In The Million, Gang Starz, Mencari Cinta dan banyak lagi.. karya ciplak dari barat.

Macam takde modal lain. naik menyampah aku dengan sogokan hiburan berbentuk nyanyian yang terlalu banyak. Bila dilihat preview bakat semasa audition, kita boleh lihat kebodohan orang melayu yang tak reti nak menyanyi tetapi 'memaksa' untuk melayakkan diri mereka menyertai pertandingan yang GAH tu..!! Sampaikan ada yang bertegang urat dengan juri yang hanya ingin memilih peserta-peserta yang benar-benar layak.

Mengapa sampai jadi begini..?? Mengapa bodohnya melayu-melayu ini...?? aku pun terasa tempiasnya sebab aku pun orang MELAYU..!!! tiada niat untuk mengutuk bangsa sendiri. tetapi aku cukup sedih dengan gelagat-gelagat orang kita ni, khususnya yang dah sahih beragama ISLAM, yang terlampau mengagungkan budaya barat.

Walaubagaimana aku lihat dah ada sedikit perubahan dalam rancangan realiti TV ni. Dah mula ada Soccer Kid,  Jaguh ( mencari bintang muda sukan badminton ), yang terbaru nak keluar dari rancangan Astro Oasis - Imam Muda, dari TV1 rancangan Adik-Adikku dengan kerjasama yang erat bersama JAKIM    ( mencari bakat pendakwah muda ), Akademi Al-Quran TV9 dengan program realiti yang kurang meletup seperti Akedemi Fantasia ( aku tetap berbangga dan bersyukur kerana masih ada usaha dari pihak yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan kesucian & ketinggian al-Quran ) . Lega lah sikit rasanya. Sekurang-kurangnya seimbang. Tapi kalau boleh dikurangkan yang tidak mendatangkan manfaat, elok kurangkan aja la. Hiburan tu biarlah dipelbagaikan. Bukan hanya tertumpu kepada hiduran yang berbentuk nyanyian sahaja.

Lama tak jenguk blog & Kehebatan Cinta 14 Feb

dekat 2 bulan aku tak jenguk blog. kadang-kadang taktau nk isi apa. berkebetulan bz dengan keja, anak2, rumah tangga.. semua tu ujian Allah.. apa pun, aku masih lagi ingin share apa yang aku ada dengan sapa-sapa yang sudi.

kali ini aku bawa satu artikel.. agak baik untuk dikongsikan bersama. aku dapat artikel berbentuk sajak ni daripada group email. cukup membawa kesan dalam jiwa.. sama-sama renungkan. buatla yang terbaik untuk kebahagiaan, kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.

apapun, terima kasih kepada pengirim email tersebut. semoga ianya boleh memberikan kesan kepada mereka yang mengagung-agungkan HARI VALENTINE..



Kehebatan Cinta 14 Februari



Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....



Renung renung kanlah !!!


-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
 
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada.......... 

-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah artikel ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SIAPALA KITA...BETUL TAK????

Khamis, 18 Februari 2010

Memikirkan Masalah Ummah

Dah terlalu lama aku tak membuka email. selepas menyertai sebuah group yahoo yang agak popular, aku tidak berkesmpatan nak buka semua email-email yang dikirimkan.


Pagi ni aku berpeluang sekejap menyemak apa yang ada dalam email. Salah satu daripada email yang diperolehi membuatkan aku tergelak seorang diri. Dalam pada masa yang sama memikirkan masalah ummah, khususnya orang2 melayu.


Mungkin paparan dibawah ni boleh membuatkan kita mengkaji dan memikirkan sedalam-dalamnya senario semasa ummah melayu di Malaysia. Apapun, artikel tersebut bukan pandangan peribadi aku. Aku cuma ingin mengajak kita memikirkan kemana hala arahnya ummah melayu pada masa akan datang.


Selamat membaca..


________________________________________________________________


newsfowarder to MalaysiaNews, blalang_group, uitm-melaka show details 7:38 AM (2 hours ago)

Tolong Kirim Salam pada Umno

Posted on Tuesday, February 16 @ 05:45:00 PST by PaktamOleh Al Brangi


UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'.

Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.--

-------------------#######----------------------------------Mail Forwarder----Formerly Known As Tai_ci_master.Visit :WWW.GELANGMANIKWANITA.BLOGSPOT.COM (New)WWW.PENDEKARBLOGGER.COM join : malaysianews-subscribe@yahoogroups.com

Sabtu, 30 Januari 2010

Balik Raya AidilFitri


Raya Puasa 2009 yang lalu kami nak balik Qelate dengan sedikit kelainan. Selalu sangat dok dengar cerita dari kawan-kawan yang balik beraya melalui luar negara..iaitu THAILAND. Lepas buat border n declaration of vehicle, akhirnya kami dapat balik dengan pengalaman yang cukup mendebarkan..hehehe..


Hati mana yang tak berdebar-debar, aku bukannya biasa balik ikut sana. cuma dok dengar dari kawan-kawan dan hasil daripada 'study' peta dan pendapat orang-perseorangan secara lisan.


Keluarga aku kat kampung tak payah cakap la, especially mama & abang aku. Tiap-tiap hari call dok pujuk suruh balik ikut Baling - Gerik - Jeli - KB. Risau katanya. Risau tentang keselamatan dan beberapa perkara yang mungkin timbul. Faham-faham jela, kalau dah berada kt tempat orang ni, manakan sama tempat sendiri. Apa-apahal yang berlaku pun masih boleh diikhtiarkan. Tambahan pulak 5 tahun kebelakangan ni suasana di selatan Thailand masih lagi huru-huru dengan tuntutan wilayah otonomi sendiri. Bom sana, bom sini, bunuh sana, bunuh sini. Ngeri.


Hmm..serba salah aku jadinya. Tapi pendirian aku lain. APA-APA sahaja yang nak jadi ini dah menjadi ketentuan Allah. Kat mana-mana pun boleh berlaku. Ikut jalan yang biasa balik kampung pun, kalau nak jadi, jadi jugak. Yang penting ikhtiar, azam & tawakkal kepada NYA jangan diambil ringan.


Aku & Honey bulatkan tekad (walaupun berdebar-debar). Lagi pun dia baru saja habis pantang anak ke-4. Sakit bersalin (pembedahan) masih belum pulih sepenuhnya. Bayangkan apa akan terjadi jika ikut Gerik? Lap sana, lap sini. Nak control baby ( anak ke-3) lagi.


Mak Mentua aku pun tak tau yang kami nak balik ikut Thailand (sorry mak..).


Akhirnya, selepas beraya di Coconut Island pada hari pertama, kami bertolak balik kelantan pada hari raya kedua melalui Bukit Kayu Hitam - Sadao - Na Thawi - Khok Po - Pattani - Narathiwat - Takbai - Pengkalan Kubor - KB ( jarak perjalanan 334km) dengan mengambil lebih kurang 3 jam setengah. Wahh..macam tak percaya.. ekpress. lebih cepat daripada mengikuti jalan Gerik - Jeli yang mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam.


Sepanjang perjalanan, alhamdulillah tidak timbul sebarang masalah. Jalan amat selesa dengan 3 lorong sehala (macam hiway). Tidak ada bukit, gunung. Kedai-kedai makan banyak. segala kemudahan dok ada. Cuma yang kureng sikit, terlalu banyak road-block tentera siam. sepanjang perjalanan, kalau tak silap aku ada lebih kurang 30 sekatan. Fuh..risau jugak kalau-kalau kena tahan. Diorang semua tu bukan reti bahasa melayu. Aku pun bukannya master sangat bahasa omputih ni.


Sepanjang jalan, aku jarang berharap dengan peta yang dibawa kecuali ada rasa was-was sikit. Papan tanda di Thailand ada tertulis ejaan rumi selain daripada ejaan siam, untuk kemudahan pelancong. Tahniah untuk pemerintah yang prihatin tentang perkara ini.


Anak-anak aku masih kurang merasa 'teruja' dengan perjalanan ni. Ye la, kecik lagi. Tetapi mereka tetap seronok. Mana tidaknya, asal jumpa signboard ke pantai-pantai, mereka mesti bersorak dan memujuk nak pergi. Sorry kid's, lain kali ayah bawak ekk.. sekarang ni ayah nk study jalan dulu. Bila dah masuk tahap otai, nak pergi mana pun ayah tak kisah.


Akhirnya, dengan izin Allah kami tiba di Pelabuhan Feri Takbai untuk menyeberang ke Pengkalan Kubor. Syukur sangat sebab tidak ada apa-apa yang berlaku.
Apa pun, peluang sebegini jarang diperolehi.. dan.. jika ada peluang lagi.. aku akan terus jadikan ia sebagai trip balik raya sebagai pilihan utama.