
Raya Puasa 2009 yang lalu kami nak balik Qelate dengan sedikit kelainan. Selalu sangat dok dengar cerita dari kawan-kawan yang balik beraya melalui luar negara..iaitu THAILAND. Lepas buat border n declaration of vehicle, akhirnya kami dapat balik dengan pengalaman yang cukup mendebarkan..hehehe..
Hati mana yang tak berdebar-debar, aku bukannya biasa balik ikut sana. cuma dok dengar dari kawan-kawan dan hasil daripada 'study' peta dan pendapat orang-perseorangan secara lisan.
Keluarga aku kat kampung tak payah cakap la, especially mama & abang aku. Tiap-tiap hari call dok pujuk suruh balik ikut Baling - Gerik - Jeli - KB. Risau katanya. Risau tentang keselamatan dan beberapa perkara yang mungkin timbul. Faham-faham jela, kalau dah berada kt tempat orang ni, manakan sama tempat sendiri. Apa-apahal yang berlaku pun masih boleh diikhtiarkan. Tambahan pulak 5 tahun kebelakangan ni suasana di selatan Thailand masih lagi huru-huru dengan tuntutan wilayah otonomi sendiri. Bom sana, bom sini, bunuh sana, bunuh sini. Ngeri.
Hmm..serba salah aku jadinya. Tapi pendirian aku lain. APA-APA sahaja yang nak jadi ini dah menjadi ketentuan Allah. Kat mana-mana pun boleh berlaku. Ikut jalan yang biasa balik kampung pun, kalau nak jadi, jadi jugak. Yang penting ikhtiar, azam & tawakkal kepada NYA jangan diambil ringan.
Aku & Honey bulatkan tekad (walaupun berdebar-debar). Lagi pun dia baru saja habis pantang anak ke-4. Sakit bersalin (pembedahan) masih belum pulih sepenuhnya. Bayangkan apa akan terjadi jika ikut Gerik? Lap sana, lap sini. Nak control baby ( anak ke-3) lagi.
Mak Mentua aku pun tak tau yang kami nak balik ikut Thailand (sorry mak..).
Akhirnya, selepas beraya di Coconut Island pada hari pertama, kami bertolak balik kelantan pada hari raya kedua melalui Bukit Kayu Hitam - Sadao - Na Thawi - Khok Po - Pattani - Narathiwat - Takbai - Pengkalan Kubor - KB ( jarak perjalanan 334km) dengan mengambil lebih kurang 3 jam setengah. Wahh..macam tak percaya.. ekpress. lebih cepat daripada mengikuti jalan Gerik - Jeli yang mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam.
Sepanjang perjalanan, alhamdulillah tidak timbul sebarang masalah. Jalan amat selesa dengan 3 lorong sehala (macam hiway). Tidak ada bukit, gunung. Kedai-kedai makan banyak. segala kemudahan dok ada. Cuma yang kureng sikit, terlalu banyak road-block tentera siam. sepanjang perjalanan, kalau tak silap aku ada lebih kurang 30 sekatan. Fuh..risau jugak kalau-kalau kena tahan. Diorang semua tu bukan reti bahasa melayu. Aku pun bukannya master sangat bahasa omputih ni.
Sepanjang jalan, aku jarang berharap dengan peta yang dibawa kecuali ada rasa was-was sikit. Papan tanda di Thailand ada tertulis ejaan rumi selain daripada ejaan siam, untuk kemudahan pelancong. Tahniah untuk pemerintah yang prihatin tentang perkara ini.
Anak-anak aku masih kurang merasa 'teruja' dengan perjalanan ni. Ye la, kecik lagi. Tetapi mereka tetap seronok. Mana tidaknya, asal jumpa signboard ke pantai-pantai, mereka mesti bersorak dan memujuk nak pergi. Sorry kid's, lain kali ayah bawak ekk.. sekarang ni ayah nk study jalan dulu. Bila dah masuk tahap otai, nak pergi mana pun ayah tak kisah.
Akhirnya, dengan izin Allah kami tiba di Pelabuhan Feri Takbai untuk menyeberang ke Pengkalan Kubor. Syukur sangat sebab tidak ada apa-apa yang berlaku.
Apa pun, peluang sebegini jarang diperolehi.. dan.. jika ada peluang lagi.. aku akan terus jadikan ia sebagai trip balik raya sebagai pilihan utama.